Friday, May 20, 2011

Tevez: Saya mahu blah dari Man City!!!



Carlos Tevez sekali lagi menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan Manchester City. Minggu lalu pengurus City, Roberto Mancini mendakwa Tevez akan kekal dengan kelab Eastland itu.

Penyerang Argentina itu pernah permohonan berpindah pada Disember lalu tetapi kemudian menarik semula permohonan itu. Desus-desas sebelum ini juga mendakwa beliau akan meninggalkan City hujung musim ini. Beliau juga pernah menolak kontrak baru dengan gaji $300,000 seminggu pada awal musim ini.

Keinginan Tevez untuk meninggalkan City mungkin berkaitan rapat dengan peluang beliau dalam skuad kebangsaan Argentina terutama selepas jurulatih kebangsaan Argentina, Sergio Batista dijangka akan mengenepikan beliau daripada kempen Copa America bulan Julai nanti.

Beliau merasakan jika terus berada dalam skuad City, peluang beliau untuk ke Piala Dunia akan datang lebih tipis walaupun beliau ketika ini menyertai Berbatov selaku penjaring terbanyak dalam Liga Inggeris dengan 20 gol.

No comments:

Post a Comment